camat berkenalan

assalamualaikum.... n most welcome to all bloggers.. i'm new in blogging... kui3... teruja sangat nak mencuba sesuatu yg mmg amat sangat saya minat.. byk sgt nak kongsi............

Sunday, August 15, 2010

day 6 on ramadhan

emm.. kejap jer dah 6 hari pose.. student spm dok trial skrang ni.. anyway good luck to all of u.......

Tuesday, August 10, 2010

salam ramadhan

Assalamualaikum.. kepada semua umat Islam .. camat menyambut ramadan.. hari yang baik di bulan yang terbaik.. hehehe.. pagi ni.. suami ku yang tersayam.. antar n berkebetulan beliau mendapat sehari cuti n ari ni jugak.. ada teknik menjawab soalan bio untuk semua pelajar spm SMKA Melor yang mengambil subjek biology... good luck to all my BELOVED students.... semoga dapat fokus n bagi sepenuh perhatian terhadap ceramah yang akan disampaikan oleh guru cemerlang biology iaitu Pn Mazinah... kuatkan semangat bila dengar ceramah.. maklumlah d bulan ramadan.... jgn lupa bila dah petang hormon glukagon lak yg bertugas untuk menukarkan glikogen kepada glukosa.... hehehe cian kat pankreas yer... tapi x per masa ni lah insulin dapat rehat.. kui3

Sunday, August 8, 2010

Tips untuk KEHIDUPAN yang Lebih Baik

APA PUNCA ANAK DERHAKA


Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak  kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan  mereka, bergurau hingga naik atas

belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan

hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita  didik dan ajar, kalau

salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana  yang nak dipukul tu? Tapak

kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan  ditempat-tempat yang
sensitif... . itu salah...


"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan

tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda  penghargaan.

Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan  kawan . Tetapi selalunya usia

beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak

derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih  sembahyang jemaah bersama,

latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan  sayang, maka mereka tidak akan

tergamak menderhaka . "Saya pernah  tinjau, anak-anak yang lari daripada

rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah,  ibu

dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan

persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di

rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun  seronok.

"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana  sibuk.

Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah  tidur,

pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun  anak

tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita  yang

panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka

mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah  dan

sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan

mereka derhaka kepada kita...


DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah.  Jangan

rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau

menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak  berdosa

dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau

berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab  anak-anak

tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan  jangan

ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah

orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan  ekor

mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada  kawan

tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi  jumpa

yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi  apa

caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita

derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak  ayah

kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik  ibu

atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah  ke

masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta  maaf

berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.


Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan

buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.  Cuba

kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar  kereta

pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah  kita

buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika  semuanya

baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?

"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi

menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu  panjang

untuk bersama kita."


HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana  tidak

dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu

tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh  utamakan

ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun

sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya

tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya  ada

yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya  golongan

nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil  kira

kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan  tua."


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri.  Kalau

mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita  sayang

anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu,  ada

menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu  ambil

berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf

mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.


Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak  dan

emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri.  Isteri

kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga

suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak  dan

ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas

menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.  Suatu

hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada  di

rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar

menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan  kepada

menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi

Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut  menyampaikan

pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di  sebalik

simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan  wanita

yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan

bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat  dan


menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa  NabiIbrahim.


Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi,

katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada  yang lain.




Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D.

Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya

menempatkan anak-anak anda dikalangan winners.

Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak

Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara  winners dan losers

Adalah mudah iaitu:-


Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri

Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri

Mereka tidak boleh.Tips;




1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama  panggilan yang

baik. Nama panggilan yang kurang baik  akan menyebabkan anak anda

malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan

yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap  hari (Kajian menunjukkan

anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat

daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih  sayang

(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila

berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda  berbuat kebaikan

(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya

senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum  matang itu

melakukan sesuatu perbuatan baik secara  berterusan , mereka hanya

kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan

mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.


6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja  dan keluarga,pilihlah keluarga


(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus  berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak,  janganlah

tuan/puan mengeluh. Keluhan akan  membuatkan anak-anak merasakan

diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita  itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.


Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang  giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka  memerlukannya .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara  untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak  menyambut harijadinya.

Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.

Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg

dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai

orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama  belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada  sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar  rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan  mereka .


Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan  andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah  begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa  yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.

Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah  rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur  tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah  ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu  bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat  ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya  lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala  cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh  tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa  sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

my feelin

x taulah nak cerita ker tak.. tapi kan terlalu banyak masalah yang di hadapi nak cerita nanti jadinyer mengumpat.. huhuhuhu.. sedih jugaklah ari ni.... adakah jadinya mengarah jika kita ni membantu memudahkan dan menjimatkan kertas serta tenaga orang lain.. mungkin bagi kita nak membantu tapi bagi orang lain itu adalah arahan.. bukankah sekarang ni dunia di hujung jari n paperless... biasalah kot kalau kita mula2 mendapat tentangan.. x perlah d kuatkan semangat......

pot luck terakhir sblm tibanya ramadan

geng2 cikgu GC wat jamuan ari ni... nasi ayam...  kiranya pot luck terakhir sblm puasa... hehehe..

Saturday, August 7, 2010

my world

emm... baru nak start blog... huhuhu.. try n errorlah ni...